MFM SECURITIES – BROKER MELAYU SCAM ORANG MELAYU?
MFM securities adalah broker yang asalnya dari nama MOCAZ yang telah melalui berberapa penjenamaan dan akhirnya dijenamakan kepada MFM Securities. MFM bermaksud Mocaz Financial Markets Securities. Broker mula bermasalah pada Ogos tahun lepas dan akhirnya pada waktu artikel ini ditulis, website sudah tidak dapat diakses lagi.
Broker tempatan yang melingkup ini bukanlah benda baru. Berdasarkan pengalaman saya, broker tempatan terawal yang pernah wujud suatu masa dahulu adalah IntelFX. selain itu broker tempatan lain juga wujud seperti GWGFX, Edgar International, Zeta Capital dan mungkin lebih banyak lagi sebenarnya, juga sebenarnya adalah scam. EssenceFX juga yang pernah menghebohkan sebelum ini juga berkemungkinan adalah broker scam buatan tempatan. Saya berpendapat demikian kerana skim pelaburan yang ditawarkan pada waktu tersebut menutup operasi tepat pada waktu sebelum broker berkenaan keluar dari pasaran Asia. Sehingga kini laman web broker berkenaan sudah tidak dapat diakses lagi. Kebetulan? mustahil.
PENAFIAN: laporan ini bukanlah pembongkaran namun sekadar perkongsian maklumat semata-mata. Maklumat-maklumat lain boleh dapatkan terus di sini. Semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran dari posting ini agar tidak terjebak mahupun kerugian wang yang kita tak sanggup kehilangan.
Website
Alamat website:
Carian di Who.Is pula mendapati domain ini bakal tamat pada penghujung tahun ini pada 14/12/23.
Maklumat lain mengenai pemilik dan alamat untuk dihubungi telah ditutup dan tidak dapat diakses menunjukan pemilik website sudah tidak mahu dicari atau bahasa mudahnya ‘melarikan diri.’
Carian pada Instagram rasmi broker pula mendapati terdapat status ‘bankrupt’ pada seksyen bio akaun.
Adakah broker ini berlesen?
Broker ini tidak mempunyai lesen yang sah selain ia didaftarkan di alamat st vincent and the grenadines di bawah Financial Services Authority.
Financial Services Authority
2nd Floor, Reigate Building
P.O. Box 356, Kingstown
St. Vincent
West Indies
Hasil carian setakat ini sudah tidak menemui nama MFM securities. Lesen Metaquotes juga sudah dibatalkan dan server MFM sudah tidak dapat diakses lagi.
Tanda awal broker bakal bermasalah
Tanda-tanda awal ini sebenarnya sudah berlangsung lebih awal. Clue-clue tersebut boleh dilihat di media sosial sebenarnya.
Antaranya adalah seperti berikut;
- Top MIB sudah tukar broker lain
- Akaun manager loss contact/letak jawatan
- Withdraw start lambat bayar
- Komplen berlambak di group-group laman sosial
Dari 4 senarai di atas, poin #1 dan #3 adalah paling penting kerana ini tanda-tanda awal broker tu bakal bermasalah. Biasanya local transfer takkan lebih 24jam dan MIB pula pastinya tahu sesuatu yang lebih banyak berbanding affiliater lain apatah lagi client.
Antara khabar-khabar lain yang belum disahkan kesahihannya adalah kononnya berlaku masalah dalam peringkat pengurusan di mana di katakan wang di’joli’ ratusan ribu sebulan dan adakalanya ‘short’ sehingga lebih RM100K sebulan.
Khabar lain juga adalah kononnya broker ini ditipu semasa berurusan untuk lesen di cyprus. Selain itu juga broker ini dikhabarkan terlibat dengan crypto coin dan berakhir dengan kerugian teruk. Namun hal ini dinafikan sendiri oleh broker melalui laman page facebook mereka yang bertarikh pada 13 januari 2023.
Siapa pemilik sebenar MFM Securities ini?
Individu dalam gambar di bawah dikatakan sebagai pemilik broker ini. Sumber foto –facebook
Pada 27/02/23, dikatakan beliau sudah keluar Malaysia dan berpindah ke Australia. Jika ini benar maka benarlah beliau melarikan diri dan tidak mahu membayar wang pekerja beliau termasuklah wang-wang trader dan komisyen IB yang sepatutnya dilunaskan.
Perbuatan ini sangatlah tidak bertanggungjawab kerana boleh mencemarkan industri ini dan tak hairanlah ada fatwa yang mengharamkan perniagaan ini.
Ia adalah lubuk wang dan ramai orang meletakkan wang di situ!
Apa yang kita boleh pelajari dari semua ini?
Berberapa perkara penting yang kita wajib pelajari dari semua ini antaranya;
- Paling penting – jangan letakkan wang tak sanggup rugi, termasuklah berhutang.
- Pastikan broker yang disertai itu berlesen dan dikawal-selia.
- Selalu ikuti perkembangan broker anda di laman sosial, beri perhatian jika terdapatnya complain terutamanya berkaitan withdrawal.
- Perhatikan top MIB yang popular di broker tersebut, adakah sudah tukar broker atau masih setia dengan broker tersebut, ini boleh jadi sebagai petanda awal anda atau sebagai red flag utama.
- Pastikan anda tahu siapa pemilik broker agar anda boleh berhati-hati. Broker dari dalam negara jarang ada yang betul-betul kukuh. Selain itu broker-broker yang berdaftar dengan lesen offshore juga perlu diberi perhatian seperti di Mauritus island, Vanuatu, Cyprus, British virgin island dan lain-lain. Waktu kini, St.Vincent and Grenadines adalah tempat popular broker mendapatkan lesen. Bukanlah bermaksud ia tidak baik tetapi hanya perlu berhati-hati sahaja.
Adakah broker ini scam?
Untuk setakat ini kita consider ia adalah scam kerana masih tidak membayar wang client. Namun domain website masih sah sehingga hujung tahun ini, jika broker ini melunaskan semua hutang-hutang yang ada maka broker ini bukan scam.
Tapi jika ia tidak mengambil apa-apa tindakan, so kita kira ia sebagai scam-lah!
Broker apakah yang selamat?
Anda mencari award-winning broker yang membayar withdrawal anda dalam masa 24jam sahaja? Saya telah kongsikan broker tersebut di sini.
Anda punyai pendapat yang ingin dikongsi? Boleh hubungi fb admin.
Sekian,
ADMIN
25/04/23
2 Replies to “MFM SECURITIES – BROKER MELAYU SCAM ORANG MELAYU?”
Comments are closed.