TEKNIK MARKING GUNA LINE CHART DAN SNR BREAKOUT
Highlight:
- Cara marking
- Fakta SNR
- Breakout strategy
Salam traders!
Hari ini saya ingin kongsikan mengenai support resistance atau dalam singkatannya S&R. Saya akan bincangkan secara ringkas mengenai topik ini dan jika ada sebarang pertanyaan boleh la letak diruangan komen di bawah post nanti.
BACAAN LAIN : Sejarah Candlestick
Saya percaya pasti ramai dikalangan trader baru mahupun lama sudah pernah mendengar mengenainya. Sebelum kita berbicara secara lanjut mengenai S&R ini, mari kita tengok dahulu asas kepada S&R ini, iaitu kedudukannya.
Kedudukan resistance adalah di atas dan support di bawah. S&R cumalah panduan sahaja dan ia akan ditandakan secara manual menggunakan tools horizontal line. Tandaan akan dibuat pada highest price utk resistance dan lowest price untuk support. Ia adalah berdasarkan candlestick high dan low.
BACAAN LAIN : MENTAFSIR ARAH PASARAN HANYA DENGAN MERUJUK PADA CLOSING PRICE
Support dan Resistance ini akan mula dilukis atau ditanda selepas sesuatu candle sudah complete closed dan tidak membuat new low atau new high. maka last low atau last high tersebut adalah S&R.
NOTE:
Last low = Support level
Last high = Resistance level
Timeframe terbaik untuk merujuk S&R:
– Timeframe yang lebih besar adalah lebih baik untuk dijadikan sebagai rujukan melukis S&R.Timeframe yang lebih besar memberikan data yang lebih baik berbanding timeframe yang kecil. Melukis S&R juga adalah sama dengan Marking Price.
Cara marking SNR line chart
Cara marking SNR ini adalah subjektif iaitu ia berbeza-beza mengikut individu itu. Ada yang mengunakan shadow candle dan ada yang menggunakan closing body candle untuk meletakan garisan mendatar SNR. Ada juga yang gunakan dua-dua sekaligus.
Untuk memudahkan anda, saya sarankan gunakan sahaja closing body candle.
Cara mudah melukis SNR guna closing body candle.
- Ubah graf kepada line chart
- Cari lengkuk price(rujuk gambar)
- Tandakan SNR pada lengkuk tersebut.
- Ubah semula kepada candlestick chart
Lengkuk @ Closing body candle untuk marking SNR
Ambil lengkuk yang besar sikit seperti dalam bulatan dalam gambar. Seterusnya letakkan garisan SNR situ.
Tips:
Lukis SNR yang terdekat dengan price semasa sahaja dan jangan lukis terlalu banyak garisan. Memadai jika ada 3 atau maksima 5 garisan sahaja.
Siap marking, ubah kembali chart kepada asal iaitu candlestick chart.
Sila rujuk entry ini untuk belajar marking lebih lanjut, https://pullbackforextrading.com/marking-price/
FAKTA SUPPORT RESISTANCE.
RESISTANCE
– Penghalang kepada uptrend dan penyokong kepada downtrend.
SUPPORT
– Penghalang kepada downtrend, penyokong kepada uptrend.
SUPPORT BECOME RESISTANCE
– Bermaksud trend berubah dari buy kepada sell di mana pada level support yang sama yang sebelum ini menjadi penyokong kepada uptrend, berubah menjadi penyokong kepada downtrend. Level ini juga dijadikan panduan untuk enter sell setelah price retrace semula pada broken level ini selepas breakout.
RESISTANCE BECOME SUPPORT
– Bermaksud trend berubah dari sell kepada buy di mana pada level yang sama pada sebelum ini adalah penyokong kepada downtrend kini berubah menjadi penyokong kepada uptrend. Level ini juga dijadikan panduan untuk entry buy setelah price menjejaknya semula(retrace) pada broken level ini selepas breakout.
Breakout pada sesuatu support dan resistance.
– Ia bermaksud akan berlaku sesuatu perubahan trend.
– Apabila ia berlaku, adakalanya sesuatu support akan berubah menjadi resistance dan resistance akan berubah menjadi support, ini juga akan dijadikan panduan untuk entry pada market trend.
– Dengan mentafsirkannya sebagai suatu petanda perubahan dalam trend, maka itulah petunjuk terbaik untuk mengetahui arah pasaran dan juga sebagai had kepada kerugian iaitu menjadikannya tempat untuk meletakkan stoploss.
Lihat contoh di bawah apa akan berlaku jika sesuatu level support ditembusi dan apakah akan jadi seterusnya.
Setelah price menembusi harga support atau support level, price terus jatuh menjunam. Oleh itu sememangnya tepat jika kita jadikan support level sebagai panduan utk meletakkan stoploss bagi entry buy.
Breakout pada level support memberikan indikasi bahawa price sudah berubah arah dari uptrend kepada downtrend. Pada ketika ini anda sudah boleh mengetahui bahawa trading anda adalah salah dan anda wajib untuk cutloss untuk mengurangkan atau mengawal kerugian.
FALSE BREAK -apa perlu dibuat?
Jika berlaku keadaan di mana price break tetapi ia gagal untuk meneruskan trend breakout itu, maka adalah wajib untuk cutloss posisi anda.
Nantikan jika berlakunya retest semula, dan entry pada kawasan false break tersebut. Ini petanda bahawa market gagal untuk meneruskan momentum kerana seller atau buyers menekan semula price untuk tidak menerukan perubahan trend.
sila buat tafsiran anda berdasarkan gambar ini.
Kesimpulan…
Tahu apabila silap = cutloss, tahu apabila betul = hold profit. Logik tak kalau saya kaitkannya dgn George soros, “how much profit when you’re right and how much losses when you’re wrong”... so lepas ni saya harap anda semua akan beroleh lebih banyak profit dalam trading kerana melalui S&R ini anda boleh tahu apa akan berlaku pada market dan apa kesannya jika berlaku sesuatu dalam pasaran.
sekian terima kasih,
salam kejayaan!