TIPS SOP INI AKAN BANTU ANDA LEBIH PROFITABLE
Belajar secara ringkas 3 S.O.P mudah dalam pemilihan pair dalam trading harian
Pemilihan pair yang tepat penting untuk menjana keuntungan dalam trading. Ada sesetengah trader mempunyai ‘fixed’/ketetapan pair yang hendak di-trade dan ada juga trader yang tidak punyai ketetapan pair tertentu dalam trade. Ketetapan yang saya maksudkan adalah seperti pair favourite samada single pair atau multi-pair. Bagi yang tidak trade pada pair fixed ini, memilih pair untuk trade akan menjadi sukar dan adakalanya mengelirukan.
Note: Pair dalam forex adalah merujuk kepada pasangan matawang seperti EURUSD, GBPUSD, NZDUSD, USDJPY dan lain-lain.
SINGLE PAIR TRADER vs MULTI-PAIR TRADER
Single pair trader –hanya fokus kepada satu pair dan trade pada pair tersebut sahaja. Contohnya EURUSD atau GBPUSD dan ada juga yang hanya fokus GBPJPY. Bagi trader kategori ini mereka hanya akan trading jika pair kegemaran mereka ini memenuhi syarat untuk entry ataupun S.O.P(standard operation procedure) teknik mereka. Saya berikan contoh trade berdasarkan breakout, maka trade hanya akan dibuat jika berlakunya breakout sahaja. Jika tiada, no trade.
Tawaran Terhad : MODAL $30 khas untuk pembaca blog ini
Multi-pair trader -trader jenis ini hanya akan trade jika sesuatu pair itu memenuhi kriteria S.O.P teknik. Tiada pair tertentu yang menjadi fokus utama tetapi sebaliknya jika mana-mana pair yang memberikan peluang profitable trade samada trending dan ranging, maka pair tersebut akan di-trade.
BUKAN SEMUA PAIR BOLEH DI-TRADE!
Mungkin ada yang beranggapan boleh saja trade mana-mana pair yang dimahukan tapi jika pernah mengalami loss yang bersusun-susun banyaknya mungkin anda perlu pertimbangkan balik trade anda itu. Mungkin anda telah memilih pair yang salah pada waktu yang salah.
Ia bukan sahaja buang masa anda memantau trade anda berjam-jam(bahkan berminggu dan berbulan-bulan floating loss), malah merugikan wang anda sahaja. Jelaslah di sini bahawa anda wajib ada SOP dalam pemilihan pair sebelum memantau trade yang dibuat pada pair tersebut bahkan plan risk dan money management juga boleh diaturkan lebih baik di kemudian hari.
FREE DOWNLOAD EBOOK ENTRY LAYER MONEY MANAGEMENT
Berikut saya kongsikan:
TIPS S.O.P PEMILIHAN PAIR
Saya meringkaskannya kepada 3 SOP ringkas untuk pemilihan pair sebelum membuat sesuatu keputusan trade buy/sell. 3 SOP tersebut adalah;
- Trend pair(up/down)
- SNR Level
- Signal entry(candlestick signal)
Penjelasan…
Sebelum memilih pair apa untuk anda trade pastikan dahulu 3 perkara ini iaitu, pair apakah yang sedang trending, di manakah SNR lebih terbaik untuk entry mengikuti trend tersebut dan akhir sekali entry point pada pair tersebut.
Bagi yang trade multi-pair ini anda mungkin perlu membuat senarai pair yang anda hendak trade dan pantau progress pair tersebut.
Penting dan wajib baca!
Tak semua pair akan ‘perform’ dengan baik walaupun cukup kriteria di atas. Contohnya, pair yang kita pilih sudah trending dan marking SNR pun dibuat, tetapi apabila candle membuat retracement ke marking line, tiba-tiba ia terus break dan sebenarnya berubah arah trend, maka SOP ke-3 akan terbatal. Jika price terus trending dan tidak membuat retracement juga membuatkan SOP ke-2 dan ke-3 terbatal.
Peraturan SOP yang tidak penuh syarat ini secara tidak langsung akan membuatkan pair tersebut terkeluar dari senarai pair yang anda trade dan pantau(monitor) pair tersebut selepas anda execute trade anda.
Membuat pemantauan dan pemilihan pair ini akan membuatkan anda seorang trader yang sistematik dan lebih professional(berbanding trader yang ‘main redah’ sahaja).
#1. TREND
Kenal-pasti trend sesuatu pair tersebut terlebih dahulu -adakah pair itu trending atau sideways. Keutamaan saya adalah trending pair, maka saya hanya akan fokuskan kepada pair yang trending kemudian saya akan ambil pair tersebut untuk saya trade. Jika anda fokus kepada sebaliknya iaitu sideways trend, maka anda hanya akan trade sesuatu pair itu jika ia dalam keadaan sideways.
Kenal-pasti trend ini adalah subjektif. Ada yang merujuk kepada H1 timeframe dan ada juga yang merujuknya pada H4, Daily dan juga Weekly/Monthly. Bagi saya, saya akan merujuknya pada Daily chart.
Eurusd dalam keadaan trending dan ini memenuhi kriteria yang saya cari. Melalui trend ini dengan mudah trading plan adalah buy.
GBPJPY dalam keadaan sideways, maka saya abaikan untuk trade pair ini. Ia lebih berisiko memandangkan tidak jelas arahnya dan kemungkinan besar untuk ‘terkena’ pada false signal adalah tinggi.
Tips penting trend
Boleh gunakan moving average(MA) untuk tujuan ini. Jika price di atas MA maka trend adalah uptrend dan jika di bawah MA, maka trend adalah downtrend. MA yang saya biasa gunakan adalah MA exponential period 20 apply to Close. Dikenali sebagai EMA 20.
#2. SNR LEVEL
Support dan Resistance adalah tunggak utama dalam trading saya, maka di sini ia adalah keutamaan yang wajib ada selepas memilih sesuatu pair. Melalui SNR inilah entry, risk dan reward akan ditentukan.
Setelah memilih pair yang trending, langkah berikutnya adalah menentukan SNR level. Ia juga lebih dikenali sebagai marking SNR. Ia dibuat berdasarkan SNR terdekat termasuklah SBR dan RBS.
SBR : Support become Resistance
RBS : Resistance become Support
Marking SNR ini adalah umum, kerana ada yang memilih untuk marking berdasarkan body candle dan juga shadow. Ada yang pilih kedua-duanya.
Untuk nota lebih terperinci dan video terkini bolehlah login ke membership area kemudian baca pada pautan ini.
Untuk artikel ini saya sarankan untuk pilih menggunakan shadow candle.
Tips penting marking
Tujuan marking adalah untuk mencari peluang untuk entry berdasarkan trend tersebut. Disebabkan ‘sifat’ price itu sendiri yang suka kepada retest pada sesuatu SNR maka peluang entry juga akan ditentukan melalui keadaan retest ini.
Dua keadaan berikut akan menjadi panduan utama iaitu;
- Jika uptrend, maka fokus marking adalah support
- Jika downtrend, maka fokus marking adalah resistance
Melalui cara ini kita akan entry berdasarkan trend tersebut. Lihat contoh di bawah;
#3. SIGNAL ENTRY
Langkah terakhir adalah entry point berdasarkan candlestick. Terdapat banyak jenis candlestick tetapi paling mudah adalah candle reject ataupun candle pin bar.
BACA : PIN BAR TECHNIQUE
Entry adalah selepas candle signal ini. Anda juga boleh entry instant apabila price sentuh sesuatu marking SNR. Entry cara ini popular sebagai sniper entry, namun ia sangat-sangat high risk dan tidak digalakkan.
Tips penting signal entry
Apabila price atau candle sudah sampai ke marking SNR, apa yang perlu dibuat adalah tunggu hingga candle pattern terbentuk. Tunggu hingga ia ‘sempurna’ dan entry pada candle yang berikutnya.
Berdasarkan contoh di atas, trend adalah downtrend. Fokus adalah sell. Entry adalah berdasarkan SNR marking. SNR terdekat yang dikenal-pasti adalah 1.08125.
Price/candle retest semula ke 1.08125 kemudian rejected. Selepas candle reject tersebut, price drop 250 pips.
Berdasarkan gambar di atas trend sell confirmed apabila price breakout dan pullback di bawah marking SNR yang sebelum ini adalah support level.
BACA : BREAKOUT DAN PULLBACK
Gambar – Pergerakan trend menurun atau downtrend pada pair GBPJPY, marking SNR berdasarkan resistance dan entry sell dibuat pada candle kedua setelah price/candle retest dan reject pada marking SNR.
KESIMPULAN
Diharapkan dengan tips ini ia akan membantu lebih ramai trader baru dan lama profitable dalam trading. Untuk lebih kepastian, backtest adalah digalakkan.
Penggunaan timeframe pula boleh gunakan Daily, H4 dan juga H1.
Untuk belajar selengkapnya, bolehlah login ke membership dan baca di bahagian nota dan live video.