FOKUS UTAMA BULAN NOVEMBER
Hello November! Dengan masuknya bulan ke sebelah ini bermaksud lagi dua bulan untuk menamatkan tahun 2021 ini. Diharapkan progress anda sudah semakin baik terutamanya yang sudah mengikuti membership dan live trade pullback membership secara harian dan mingguan. Bagi yang masih belum menyertai membership bolehlah ke halaman ini untuk mendaftar secara percuma.
Fokus bulan ini adalah lanjutan dari bulan lepas untuk pair USDJPY dan GBPUSD. Kali ini fokus pair tambahan iaitu AUDUSD juga dalam radar trading kita bulan ini.
Link : https://pullbackforextrading.com/fokus-utama-bulan-oktober/
Seperti biasa, analisa ini adalah top-down analysis oleh itu kita akan mulakan dari Monthly hinggalah ke Daily chart.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
GBPUSD MONTHLY
GBPUSD masih hold di atas 1.34000 key major support dan bulan lepas closed sebagai bullish candle petanda bahawa ia ada potensi untuk menjadi uptrend. Fibonacci retracement masih valid kerana tiadanya new high oleh itu kesemua fibo level adalah berpotensi menjadi major support pada pergerakan yang akan datang. Buat masa ini retracement masih berlaku di 78.6 dan di atas 1.3400 dan juga 61.8.
Breaking 1.3400 adalah petunjuk terbaik untuk price jatuh ke 61.8 fibo jika ia berlaku di masa akan datang.
Akan tetapi jika lihat pada timeframe monthly di atas 1.3400 adalah area RBS yang sudah terbentuk sejak 2019 dan 2020. Jadi ia sudah lebih 2 tahun ada di situ dan belum break. Jika break, perubahan trend akan berlaku.
GBPUSD WEEKLY
Berdasakan situasi di Weekly yang close sebagai bearish dan break bawah 78.6, nampak ada kemungkinan 1.3400 bakal diuji dalam masa terdekat ini atau sekurang-kurangnya minggu ini.
Dari sini nampaknya penentu samada 1.3400 ini masih hold uptrend atau tidak mungkin akan terjawab. Seterusnya kita lihat pula di timeframe Daily.
GBPUSD D1
Timeframe D1 untuk hari ini nampaknya GBPUSD sedang membentuk rejection candle secara tepatnya di bawah nombor genap 1.3600. Jika confirmed, ini adalah permulaan baik untuk sell pair ini dan TP di 1.3400 iaitu dalam lingkungan 200 pips.
TRADING PLAN
Plan utama adalah sell berdasarkan situasi di Weekly dan D1.
Sell jika D1 closed sebagai pin bar.
Stoploss 1.3620
Target 1.3400
Altenatif :
Buy jika price naik dan break 78.6 @ 1.3636
Stoploss 1.3600
Target 1.3800
note – jika CS Weekly membentuk rejection atas 1.3400, ada kemungkinan area RBS ini adalah valid dan buyers akan masuk untuk menaikkan lagi harga bermula pada kawasan ini.
USDJPY MONTHLY
Pair ini closed sebagai engulfing pada bulan lepas namun disebabkan ia cuma closed di bawah harga resistance 114.00, ia kembali bearish pada minggu pertama bulan ini.
Pada jangkaan sebelum ini USDJPY sepatutnya naik tinggi namun ia perlulah break 114.00 ini dahulu. Jika gagal, maka candle bulan november ini kemungkinan besar adalah signal kepada selling untuk bulan disember dan januari.
USDJPY WEEKLY
Pair ini bergerak downtrend pada awal minggu ini mengikuti trend minggu lepas. Berdasarkan level fibo, 50.0 dan 61.8 adalah area support hadapan yang sesuai untuk price retest jika downtrend lagi.
Akan tetapi hati-hati jika price kembali close di atas 23.6 kerana ia mungkin hendak rest semula 114.00.
Kita akan lihat lagi pada timeframe yang lebih rendah untuk memahami apa yang berlaku dalam pasaran dari sudut teknikal.
USDJPY D1
Level fibo 23.6 akhirnya break minggu ini dan pada waktu ini candle seakan mula berlaku rejection. Level 23.6 akan menjadi key resistance pertama manakala 114.00 akan menjadi key resistance kedua untuk petunjuk arah selanjutnya.
Jika candle break atau shooting star terbentuk di bawah 23.6, saya berpendapat market akan cenderung untuk turun lagi.
TRADING PLAN
Sell USDJPY jika D1 membentuk rejection di bawah 23.6 atau 114.00
SL maksima adalah 50 pips dari entry anda.
Target adalah di 111.91 @ fibo 50
Alternatif :
Buy USDJPY jika price break dan pullback atas 114.00.
Jangkaan kenaikan USDJPY adalah berdasarkan prestasi tahun-tahun lepas pada penghujung tahun, dan jika ia berlaku, USDJPY akan naik lebih tinggi. Sila ke post ini untuk maklumat lanjut >> https://pullbackforextrading.com/adakah-usdjpy-bakal-ulang-sejarahnya/
AUDUSD MONTHLY
AUDUSD bulan lepas closed sebagai bullish engulfing namun sayangnya ia stuck di bawah SBR 0.7531. Awal bulan ini ia sudah bergerak downtrend seakan berikan hint market sudah bersedia dan mula kembal ke trend asal yang sudah terbentuk pada bulan april hinggalah september tahun ini.
Jika tiada halangan, pair ini akan downtrending.
AUDUSD WEEKLY
Penurunan AUDUSD yang dilihat pada timeframe monthly berlaku pada minggu lepas di mana candle minggu tersebut akhirnya closed sebagai bearish engulfing selepas candle bullish close di bawah major SBR 0.7531.
Ini petunjuk baik kepada downtrend dan pair ini ada kemungkinan bakal downtrend pada bulan ini.
AUDUSD D1
Menariknya pada timeframe D1, price pullback hari ini setelah menyentuh area Rally-Base-Rally berdasarkan method supply demand. Seller akan masuk pada waktu ini dan menekan price jatuh lagi.
Jika candle D1 closed bearish, ada kemungkinan esok ia akan turun lagi kerana mengikuti trend yang terbentuk hari ini.
TRADING PLAN
Plan utama adalah sell.
Stoploss 0.7470
Target #1 – 0.7300
Target #2 – 0.7250
Altenatif :
Buy jika audusd break major SBR 07531
SL maksima 50 pips dari entry
Target 0.7700
ADMIN
09/11/21