TEKNIK BREAKOUT INI KHAS UNTUK GROW AKAUN KECIL(SCALPING HARDCORE)
Teknik ini mungkin memerlukan anda keluar dari zon selamat anda -kalau selalu main ‘play-safe’ adakalanya kita macam tak ke mana-mana. Asyik struggle dengan TAKUT dan TAMAK bertahun-tahun kemudian semua wang berakhir di market kalau bukan habis membayar kelas, affiliate, signal dan buku/ebook orang lain. Akhirnya fed-up, nak cari benda lain sebagai sumber income dan mungkin lebih teruk, nak jadi scammer pula. Buat kelas scam atau pelaburan scam untuk cepat kaya. OMG! Minta dijauhkan!!
Lupakan semua tu! Saya ada berita baik untuk anda. Jangan risau. Ini bukan program pelaburan atau FOREX MLM cari member atau client untuk komisyen affiliate. Anda pun tidak wajib buka akaun di bawah saya semata-mata untuk belajar teknik ini. Di sini saya hendak kongsikan kepada anda teknik yang anda boleh gunakan terus di smartphone ataupun komputer(pc/laptop) anda. 100% PERCUMA.
Berita baik!
Anda pengemar scalping layer dan trader akaun kecil? Teknik ini sesuai untuk anda. Letakkan modal kecil, ambil leverage besar(500-1000) kemudian trade full margin!
Jadi jika anda mahu mencuba teknik ini sila pastikan sediakan modal yang sanggup rugi sahaja. Boleh juga try demo account untuk lebih selamat. Akan tetapi ingat, ini adalah untuk pembelajaran sahaja dan bukannya nasihat pelaburan anda. KLIK SINI UNTUK BUKA AKAUN DEMO
Scalping hardcore – maksudnya anda perlu menjadi seorang yang ‘berhati kering,’ tak takut loss, tak takut-takut nak entry.
PULLBACKFXTRADING
Group telegram signal dan promosi menarik
Bagi yang belum menyertai, sila sertai group telegram saya untuk update, analisis dan promosi menarik broker forex! Klik banner di bawah untuk join group telegram pullback.
Sebelum kita lanjutkan kepada teknik, berikut saya ingin huraikan satu-per-satu elemen teknik ini. Ia adalah universal dan tidak terikat pada teknik ini sahaja. Anda boleh aplikasikannya pada kaedah breakout yang lain juga.
Tanpa buang masa, jom teruskan ke topik tersebut!
BREAKOUT STRATEGY
Bagi anda yang belum familiar mengenai breakout, berikut saya berikan penjelasan mudah dan ringkas untuk anda.
Breakout dalam forex trading bermaksud penembusan sesuatu harga(price) support atau harga resistance(dikenali sebagai SNR/support resistance) untuk new high price atau new low price.
Strategy breakout pula bermaksud teknik atau strategi entry atau strategi untuk memahami keadaan pasaran di mana jika berlaku suatu penembusan harga SNR, entry akan dibuat sesuai keadaan waktu itu samada buy jika naik dan sell jika turun.
Dalam trading, candlestick digunakan untuk mewakili harga/price dalam pasaran di mana candlestick itu adalah mewakili opening, high, low dan close. Opening price, high price, low price dan closing price.
Breakout adalah proses di mana berlakunya harga tinggi baru atau harga rendah baru selepas menembusi harga lama. Ia boleh dilihat melalui candlestick terkini melepasi candlestick lama. Ia berlaku di semua timeframe bermula monthly hinggalah ke timeframe 1 minit.
Tafsiran harga tinggi baru juga boleh dikaitkan dengan time frame yang anda lihat. Berikut saya sediakan jadual mudah untuk anda fahami.
Timeframe | Tafsiran |
---|---|
Monthly | Harga tinggi/rendah bulanan baharu |
Weekly | Harga tinggi/rendah mingguan baharu |
Daily | Harga tinggi/rendah harian baharu |
Hour | Harga tinggi/rendah jam baharu |
Minit | Harga tinggi/rendah minit baharu |
Proses berlakunya harga baharu ini banyak berkaitan dengan momentum pasaran semasa pada waktu tersebut. Terdapat banyak faktor iaitu seperti News release, Market open dan juga faktor lain seperti kestabilan ekonomi ataupun berlakunya keadaan tertentu seperti pandemik, serangan pengganas dan lain-lain.
Baca : TEKNIK CANDLE BREAK
Petunjuk market breakout
Perhatikan situasi market di timeframe 4H ataupun H1. Jika bergerak sideways dalam range kecil, ia adalah petanda market berpotensi berlaku breakout.
Petunjuk breakout terbaik adalah pada market open dan juga sideways selepas bergerak trending.
RUMUSAN
Breakout adalah proses harga baharu terbentuk melepasi/menembusi harga lama. Ia ditafsirkan mengikut bulanan hinggalah ke minit.
Banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya harga baharu ini seperti fundamental dan juga teknikal.
Biasanya sebelum sesuatu breakout berlaku, market akan bergerak sideways.
MARKING SNR
SNR banyak berkait-terus dengan harga terakhir dan tiada harga breakout baharu. SNR akan ditandakan samada pada body atau shadow candle tersebut.
Marking adalah penting untuk melihat level yang valid/penting untuk panduan entry breakout anda.
Pada artikel ini >> https://pullbackforextrading.com/bagaimana-marking-price-snr-boleh-selamatkan-wang-dan-hari-anda/ saya telah kongsikan bagaimana cara terbaik untuk membuat marking SNR iaitu pada shadow dan body candle.
Cara ini bukan sahaja ringkas, bahkan lebih praktikal untuk pemula dan juga intermediate.
RUMUSAN
Marking SNR termudah adalah menggunaka kedua-duanya iaitu body dan shadow.
Baca : SNR VALID DAN KUAT
INDIKATOR DAN SETTING
Tahniah dan syabas saya ucapkan jika anda tidak skip dua topik penting di atas sebelum ke topik ini. Saya yakin ramai pencari teknik mungkin akan skip dua basic di atas dan terus ke bahagian ini.
Dalam teknik ini kita akan menggunakan berberapa indikator antaranya;
- Moving averages
- Stochastic oscillator
- MACD
Moving averages
Method yang digunakan adalah Exponential dan apply to close. Setting lain jangan diusik kecuali yang dinyatakan di bawah. 3 jenis exponential moving averages yang digunakan adalah;
- EMA 50 – Magenta
- EMA 5 HIGH – Green
- EMA 5 LOW – Red
EMA | Color | Apply to |
---|---|---|
50 | Magenta | Close |
5 | Green | High |
5 | Red | Low |
Chart anda akan kelihatan seperti berikut;
Anda boleh memilih warna lain jika anda mahu. Indikator EMA 5 high dan low mempunyai peranan penting untuk menentukan SNR marking dan juga entry/exit point.
EMA 50 pula sebagai trend dan seterusnya memudahkan anda menentukan plan buy/sell anda.
INDIKATOR CONFIRMATION
- Stochastic oscillator – Default setting
- MACD – Default setting
Anda boleh ubah warna mahupun garisan sahaja.
Fungsi indikator ini adalah untuk confirmation sahaja.
Sila ke halaman berikut untuk pelajari asas indikator ini;
- Stoch >> https://pullbackforextrading.com/stochastic-oscillator/
- MACD >> https://pullbackforextrading.com/macd/
KENAL-PASTI MARKING SNR
Fungsi EMA 5 HIGH & LOW
Apabila price bergerak sideways, ia akan banyak melantun dalam EMA 5 HIGH dan EMA 5 LOW. Di sini kita akan mengenalpasti potensi breakout setup.
Jika price menyentuh EMA 5 kemudian berpatah-balik tidak membuat new high dan low, marking akan dibuat pada candle tersebut.
EMA 5 HIGH dan LOW akan berfungsi seperti channel dan price yang tidak mempunyai dominan pada waktu tersebut akan bouncing dalam channel ini. Ia juga akan membentuk berberapa siri high dan low. Ini adalah petunjuk terbaik market akan berlaku breakout dalam masa terdekat.
Jika anda melihat setup ini berdasarkan timeframe minit dan jam, bermakna dalam waktu terdekat bakal berlaku breakout.
Saya suka menggelar market sideways ini sebagai market ‘tidur’ dan apabila breakout, ia seumpama market sudah ‘terjaga’ atau market ‘bangun.’
Cara lain marking
Marking tidak terhad kepada cara di atas, marking juga boleh dibuat jika sideways tersebut membentuk chart pattern seperti flag, penant, triangle, ascending, descending dan juga wedge.
Fokus utama anda adalah pattern-pattern yang membawa kepada continuation trend sahaja. Elakkan trade pattern reversal.
Anda boleh gunakan trendline untuk menyambungkan pattern-pattern ini.
TREND
Fungsi EMA 50
Fungsi utama adalah untuk trend dan juga mempastikan anda melihat setup yang betul sahaja sesuai dengan trend. Fokus utama teknik ini adalah trend following, oleh itu elakkan dari trade melawan arah trend jika tiada asas yang kukuh.
Tips mudah trend dengan EMA 50 –
- Uptrend – atas EMA
- Downtrend – bawah EMA
Jika uptrend – fokus buy sahaja. Jika downtrend, fokus sell sahaja. Breakout akan memberikan anda waktu sesuai untuk entry. Ini bertujuan untuk elakkan anda entry terlalu awal atau terlalu lambat.
Apabila trend sudah dikenalpasti, apa yang anda perlu lakukan seterusnya adalah mencari setup atau peluang entry.
Setup yang dicari adalah mudah iaitu market sideways atau ranging selepas trend terbentuk.
Sideways tidak semestinya mendatar. Ia juga boleh dikira dari bentuk-bentuk seperti triangle, flag, penant dan sebagainya. Yang penting, ia mestilah ranging ataupun sideways.
Confirmation Entry
Anda akan menggunakan MACD dan Stochastic untuk melihat confirmation. Apa yang anda cari di sini adalah MACD mestilah di bawah sifar jika downtrend, dan di atas sifar jika uptrend. Stoch pula akan berada di sekitar 80 untuk strong uptrend breakout dan berada di area 20 untuk strong downtrend breakout.
Stoch dan MACD bukanlah untuk entry melainkan hanya untuk confirmation sahaja.
TRADE SETUP
Kebanyakan maklumat sudahpun saya sampaikan dan berikut saya hanya rumuskan kepada entry rule sahaja. Jika entry rule ini dipenuhi maka anda boleh membuat entry.
ENTRY RULE
Disebabkan saya sudah menjelaskan satu persatu elemen penting teknik ini, oleh itu saya hanya akan ringkaskan kepada entry rule sahaja sebagai rumusan kepada kesemua elemen di atas.
Sell entry
- Candle di bawah EMA50
- Trend mula bergerak sideways di antara EMA 5 HIGH/LOW dan membentuk pattern
- Buat marking SNR/Chart pattern
- Entry jika breakout
Buy entry
- Candle di atas EMA 50
- Trend mula bergerak sideways di atas EMA 5 HIGH/LOW dan membentuk pattern
- Buat marking SNR/Chart pattern
- Entry jika breakout
Stoploss
Stoploss adalah di atas EMA50 jika sell dan di bawah EMA50 jika buy.
Take profit
Jika trade di H1 – TP anda mestilah sekitar 20 atau 30 pips.
Jika trade di H4 – TP anda sekitar 50 hingga 60 pips.
Risk management
Wajib breakeven(BE) setelah profit terutamanya jika anda menetapkan target yang besar.
Money management
Anda boleh hadkan risk mengikut size acc untuk full margin atau hadkan risk kepada 10% untuk keseluruhan entry. Contohnya modal anda 100 USD dan risk adalah 10%, ini bersamaan 10$ dan 10$ inilah loss yang ditetapkan jika gagal.
Anda boleh membuka lot 0.01(10cent) hingga 0.03(30cent) sahaja per-entry. Cutloss jika floating loss anda menghampiri 10$. Cara ini adalah sedikit boring dan sesuai untuk mereka yang memang nak trade macam fund manager.
Scalping full margin(hardcore)
Anda letakkan risk hingga 50-80% total equity anda untuk floating. Ini sangat berbahaya tetapi inilah tujuan asal teknik ini – untuk bantu anda menjadi trader full margin sebenar!
CONTOH ENTRY
Sell entry
Dalam pergerakan strong trend, ataupun continuation trend selepas breakout stochastic oscillator akan berada di kawasan 80 dan 20 dan bukannya memberikan signal reversal.
Maklumat mengenai stoch ini boleh didapati di sini >> https://pullbackforextrading.com/kuasai-reversal-dan-breakout-dengan-stochastic/
MACD dalam masa yang sama akan membentuk signal continuation trend di mana ia akan bersilang dengan histogram untuk membentuk signal.
Buy entry
Di atas adalah contoh buy setup iaitu entry tidak dibuat melulu hanya sebab Candle, MACD dan Stoch memberikan confirmation uptrend. Sebaliknya tunggu ia sideways dahulu kemudian barulah entry jika sudah breakout.
MACD dan Stoch akan berikan confirmation menandakan anda berada di waktu yang betul untuk entry market.
Selebihnya terpulang pada risk management anda.
TIPS
Anda teruja untuk mencari entry? Jangan terlalu teruja kerana berberapa perkara berikut harus dipertimbangkan.
Antaranya;
- Kekerapan entry
- Kualiti entry
- News release
- Winning trade
Ok mari saya huraikan kenapa saya senaraikan poin di atas.
Kekerapan entry
Terlalu kerap entry boleh membawa kepada overtrade dan overtrade tidak bagus untuk kesihatan anda dan akaun anda. Ini menjadikan anda terlalu kerap berada di hadapan chart dan kemungkinan besar anda akan berdepan kerugian walaupun sudah banyak menghasilkan profit.
Kualiti entry
Bukan semua signal entry itu berkualiti. Sejujurnya dalam seminggu untuk 1 pair itu biasanya cuma ada 1 atau 2 sahaja yang betul-betul terbaik dan selebihnya hanyalah kebetulan baik untuk trade dan kebiasaannya hanyalah false signal yang merugikan. Trade lebih dari satu pair boleh selesaikan masalah ini. Tetapi jangan pula terlalu banyak pair. Paling sesuai 2 atau 3 atau maksima 4 sahaja. Ingat, setiap pair punyai risiko tersendiri.
News release
Pastikan anda tahu senarai news pada minggu tersebut. Senarai news ada di sediakan di www.forexfactory.com. Oleh itu anda akan lebih bersedia. Elakkan trade semasa news dan hanya mencari entry selepas news(jika cukup syarat sahaja).
Winning trade
Terlalu banyak lose trade tidak bagus tetapi tahukah anda ia sama sahaja untuk winning trade. Jika terlalu banyak ia juga tidak bagus. Anda akan mula overkonfiden, masuk lot besar dan cuba cipta sejarah anda. TAPI apa yang akan berlaku, anda hilang segala-galanya termasuk wang simpanan anda.
Ingat, ini tabiat penjudi. Anda tidak mahu berakhir seperti ini, elakkan tabiat ini sekarang.
GROW ACC KECIL PANTAS!
Anda boleh gunakan kaedah ini untuk akaun kecil serendah 5$ ataupun 10$, cuma apa yang perlu adalah tahap disiplin yang tinggi dan juga kesabaran. Anda juga perlukan tempoh masa yang realistik untuk mencapai tujuan ini. Letakkanlah sekitar 1 – 2 tahun dan fokuskan pada entry yang berkualiti sahaja. Di atas saya sudah jelaskan apa itu entry berkualiti dan bagaimana untuk mencarinya(rujuk entry rule teknik ini).
Anda boleh cuba modal percuma untuk test power jika mahu. 100% tanpa risiko!
Mahukan hasil konsisten, usaha juga mesti konsisten. Anda perlu trade lot besar dan sentiasa menggandakan risk apabila akaun sudah membesar. Tapi ingat, untuk tujuan ini sila pastikan anda fahamkan betul-betul 4 poin tips di atas untuk elakkan dari melakukan 1 kesilapan yang boleh memusnahkan semua usaha anda sekelip-mata.
AKHIR KATA
Jika anda berhasil dan berjaya dengan teknik ini jangan lupa buat withdrawal pertama anda selepas mencapai 100% keuntungan anda. Contohnya menggandakan 100usd kepada 200usd. Buatlah withdraw!
Saya mengakhiri artikel perkongsian ini dengan ucapan terima kasih serta doa maju-jaya buat anda yang menjumpai artikel ini mahupun pembaca setia blog pullback ini.
Anda boleh memuat-turun versi ebook advanced + video bonus di sini.
Saya harapkan agar anda bertambah maju dan menjadi insan yang mulia dan berjaya selalu. amin!
ADMIN
09/12/21