
ANALISA GOLD MARCH 2026 MINGGU KE-4
Minggu lepas plan utama adalah sell berdasarkan overall trend dan bias. Cuma tiada harga tinggi untuk sell high. Price break 5K dan terus menjunam.
Untuk analisa terdahulu sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-march-2026-minggu-ke-3/
Buat masa ini bias masih selling lagi dan fokus masih sell. Berikut analisa minggu hadapan dan poin penting untuk kita lihat sebagai potensi perubahan trend.
Harga dip buat masa ini boleh jadi potensi untuk buy low dan tak semestinya sell sahaja. Sebagai trader kita masih perlu neutral dan tidak boleh terlalu bias apatah lagi jika tanda-tanda perubahan trend sudah terbentuk.
XAUUSD H4
Kita akan gunakan H4 untuk rujukan kerana di sini kita dapat lihat pecahan trend dan area-area penting SNR. Untuk H4, harga terakhir minggu lepas closed sebagai bearish dan ditutup lebih rendah. Kekuatan trend buat masa ini lebih kepada bearish atau selling. Untuk manfaatkan trend ini, selling high adalah keutamaan bagi mendapatkan potensi profit semaksima mungkin.

Harga resistance penting:
- 4582.26
- 4596.86
Retest dan reject di area ini adalah petanda entry sell high, SL dan TP akan ditentukan berdasarkan area ini.
Area penting untuk lihat potensi perubahan trend:
- 4737.64
Jika break area resistance ini, potensi perubahan trend mungkin akan berlaku. Dalam masa ke semasa, point penting ini mungkin akan terbentuk di harga terendah minggu hadapan. Ia akan saya update dalam group telegram.
Target profit selling
Area berikut boleh dijadikan TP untuk selling jika sell sudah trigger.
- 4422.00
- 4250.00
Andaikata price drop ke area ini, perhatikan jika trend start sideways dan membentuk structure reversal. Mungkin buy dip akan terbentuk di sini.
Faktor lain kenapa saya mencari buy adalah kemungkinan besar reversal berlaku jika profit taking dibuat hujung bulan ini.
Sebarang update akan menyusul di group telegram kami.
Stay tune!
ADMIN
22/03/26



