
DARI 0 KEPADA RM1,008.00 HANYA 3 HARI TRADE EMAS
Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana saya menjana USD250 atau RM1K dalam masa 3 hari trade sahaja. Apakah indi yang saya gunakan, apa setting, dan trend structure dan candlestick pattern yang saya gunakan? Ketahui dalam artikel ini!
Sebelum itu jemput singgah ke halaman ini kerana ada promo menarik untuk anda.
BTW, logik ke tanpa modal dan menjana wang? Jawapannya YA dan TIDAK. Ya sebab saya trade guna NDB yang broker sediakan. Leverage yang digunakan pula adalah 1:2000. Oleh itu modal $30 setanding modal besar kerana berganda 2000x. NDB tersebut adalah dari broker FXGT, broker yang pernah partnership dengan pullback suatu masa dulu. Tawaran NDB ini sudahpun tamat tapi bagi yang nak tengok promosi terkini broker ini bolehlah ke website broker di sini >> fxgt.com
Withdrawal juga cepat di mana ia masuk kurang dari 30 minit!

Buka akaun di FXGT untuk sebarang promosi NDB di masa hadapan di bawah admin pullback:
https://fxgt.link/register?refid=web_pullback
Untuk perhatian: artikel ini hanya untuk edukasi sahaja dan bukannya nasihat pelaburan. Leverage tinggi adalah berbahaya dan berisiko tinggi. Dalam artikel ini tiada risiko kerugian kerana menggunakan modal sepenuhnya dari broker. Admin tidak bertanggungjawab jika anda kerugian menggunakan kaedah yang dikongsikan dalam artikel ini. Jika anda mahu gunakan kaedah yang dikongsikan, pastikan hanya menggunakannya pada modal percuma broker sahaja.
Okeylah, kita mulakan dengan indikator dahulu kerana pasti ramai yang ingin tahu jika indi digunakan.
INDIKATOR
Tahap penggunaan indi adalah berbeza untuk setiap individu. Ada yang gunakan custom indi, ada yang gunakan setting tertentu. Semua tu bergantung skill set dan pemahaman masing-masing. Paling penting ia mestilah sesuai dengan personaliti si pengguna.
Indi yang saya gunakan adalah berikut;
- EMA 21 warna Merah atau Turquoise(terpulang pilihan anda).
- FRACTALS
- STOCHASTIC
Kesemuanya adalah default setting. Tiada setting khas. Kesemua indi ini pula tersedia dalam MT5 smartphone masing-masing tak kira android atau IOS.
Bagaimana saya gunakan indi: EMA untuk trend, fractals untuk cari breakout point dan stoch untuk confirmkan reversal iaitu untuk entry. Penggunaan EMA adalah optional.
Seterusnya pula adalah trend structure dan candlestick. Kita kupas dahulu pasal trend structure.
TREND STRUCTURE
Pada waktu saya trade gold, ia memang dalam structure perubahan awal trend. Apa yang saya cari pada waktu itu adalah trend breakout, diikuti retracement dan continuation.
Timeframe yang saya gunakan untuk lihat structure ini adalah H4. Di sini juga saya buat marking SNR line dan pantau entry reaction pada SNR itu di H1 dan TF yang lebih rendah.
Ilustrasi adalah seperti berikut;

Setup reversal ini saya letakkan sebagai gred A++ bergantung kedudukannya. Pada waktu itu ia terletak di bawah resistance dalam trend sideways. Oleh itu ia sangat berkebarangkalian tinggi untuk sukses. Di tambah dengan MM secara macro management, maka tinggilah pulangan juga.
Waktu itu strategi utama saya adalah sell, jadi saya berikan ilustrasi structure sell sahaja.
Bagaimana saya gunakannya: Breakout neckline adalah confirmation terbaik untuk reversal trend. Stochastic akan confirmkan setup sell ini. Fractal pula memberikan point swing high dan low untuk kita lihat di manakah potensi breakout tersebut.
Entry terbaik adalah ketika retest berlaku semasa retracement. Pola candlestick atau reaction candlestick boleh dijadikan untuk panduan entry. Maksudnya saya melihat kelompok candlestick di kawasan retest untuk dapatkan entry selain stoch akan confirmkan perlu entry atau tak. Retest dan pullback adalah situasi price action yang saya cari untuk profit dari pergerakan structure ini.
Last sekali adalah, candlestick!
CANDLESTICK
Dua pola candlestick yang saya cari adalah kumpulan rejection candle yang bounce di situ dan candle yang membuat rejection diikuti retest. Saya akan buka M1,M5 dan M15 untuk dapatkan entry pada shadow, body dan breakout candle. Entry juga saya buat di H1 sesuai keadaannya.

Garisan merah yang anda lihat dalam gambar adalah marking SNR di H4. Marking tersebut adalah pada body candle. Secara keseluruhan pada waktu itu trend dalam reversal diikuti structure. Lihat gambar di bawah;

Reason lain untuk selling sebenarnya boleh dilihat dari stoch yang banyak ‘berbelit-belit’ di bawah paras 50. Ini menunjukan momentum bearish yang kuat. Anda yang mahu belajar lebih lanjut pasal stoch bolehlah ke halaman ini.
Belajar momentum pasaran dengan stoch >>
https://pullbackforextrading.com/kuasai-reversal-dan-breakout-dengan-stochastic/
Jom lihat SS live trade saya:
Saya bermula dengan lot 0.01 kemudian saya gandakan kepada 0.05, seterusnya 0.10 dan 0.50. Apabila modal sudah naik ke 150, lot saya adalah 0.10 dan maintain 0.50 hinggalah naik ke $300. Waktu ni dah boleh layer 10.00 lot per entry.
Semua ni possible sebab leverage 1:2000. Jika leverage korang 1:1000 ke bawah, ia agak mustahil untuk capai lot seperti itu.

Price drop cantik sebab trade sesuai trend dan structure. Maka bertambahlah sedikit demi sedikit modal yang anda.

Break neckline, retest dan pullback jadi saya entry layer lagi. Lepas tu close profit untuk compounding modal. Bila modal dah semakin besar, lot juga semakin besar. Bermaksud risk semakin meningkat sesuai modal untuk dapatkan keuntungan besar. Inilah yang dimaksudkan full margin. Bukan main masuk layer banyak tanpa sebab.

Selesai sell ikut trend, saya counter trend pulak sebab stoch oversold dan candle bullish terbentuk. Bila price turun retest, saya masuk layer 0.5 lot.
Exit trade dan Withdrawal
Saya tak swing entry ni ratusan pips sebab pergerakan candle kecil-kecil juga sudah memberikan puluhan pips. Lot size pula dari 0.01 saya trade hingga 0.50 sepips naik kepada 10.00 sepips. Tujuan saya adalah untuk cukupkan syarat lot iaitu 8.00 lot, bersamaan 10.00 sebanyak 8 kali.
Bila dah cukup syarat, saya withdraw terus. Highest balance adalah $300 dan saya korbankan -$50 untuk withdraw +$250. Still berbaloi memandangkan ia modal percuma sahaja. Broker tak syaratkan maksima wd jadi sebenarnya jika saya ambil lagi sedikit masa mungkin boleh wd lebih besar tapi yelah, kena ingat, adakalanya kita terlalu overkonfiden, adakalanya kita tak sedar kita overtrade dan mungkin siapa sangka, semua profit loss kembali ke pasaran akibat ketamakan. Jadi saya putuskan untuk sampai di sini dahulu dan buat wd secepat mungkin. hahaha!
Hasil withdrawal saya:

Akhir kata…
Terima kasih tak terhingga kepada FXGT atas kesempatan yang diberikan. Dengan berbekalkan sedikit pengetahuan dapatlah merasa wd duit free tanpa modal hasil dari trading 3 hari.
Buat income harian itu boleh sebenarnya tapi bergantung situasi market. Jujurnya selepas capai wd ini, saya stop trade dan sambung minggu hadapan pula.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda skill dan pengetahun dan semoga selepas ini giliran anda pula wd duit free dari broker pilihan anda.
Jangan lupa share artikel ini kepada rakan-rakan anda!
Sekian,
ADMIN
22/11/26
PS: Sebelum saya juga pernah trade dan withdraw profit dari broker PU Prime. Sila ke sini untuk baca kisah saya.





