5 RUKUN WAJIB FULL MARGIN
5 RUKUN FULL MARGIN VERSI PULLBACKFOREXTRADING.COM
1). Modal sanggup loss
Modal sanggup loss ini sangat penting kerana ianya berkait dengan mental emosi apabila berdepan dengan situasi kerugian atau entry yang salah. Jika anda letakkan modal yang anda tidak sanggup untuk rugi, akaun anda tidak akan berganda kecuali kerugian. Ini adalah kerana anda sentiasa dalam takut-takut untuk buat keputusan hinggalah anda lambat entry dan membuat keputusan yang salah sahaja kerana bimbangkan keputusan yang dibuat akan salah.
2). Max leverage
Dalam group #cspro, saya sangat terapkan para ahli untuk gunakan leverage maksima selain menggunakan modal kecil sebagai modal sanggup rugi. Modal kecil dengan leverage yang besar adalah sama sahaja dengan modal besar. Ini adalah kerana leverage adalah gandaan untuk setiap 1 usd anda. Jika anda memilih leverage 1:1000 contohnya dan mempunyai modal sebanyak 10usd sahaja, ini bermakna anda gandakan 10,000 kali dari 1usd anda. Bermaksud anda sudah punyai modal sebesar 10,000 USD walaupun cuma membuat deposit sebanyak 10usd sahaja.
3). Entry high reward ratio
Entry pada kebarangkalian tinggi saja tidak mencukupi. Apa yang penting bagi membolehkan anda menggandakan akaun anda adalah terletak pada reward ratio sebenarnya kerana ia bukan sahaja mempercepat usaha anda untuk gandakan akaun, malah anda tidak perlukan tempoh masa yang lama. Pernahkah anda mendengar trader yang menjana 1000% sebulan? seminggu? dan sehari?? Untuk ini anda perlukan satu entry yang mempunyai profit reward 100-200 pips. Dengan cara ini anda boleh gandakan akaun anda sebesar yang mungkin berbanding anda cuma TP 10-20 pip tetapi memerlukan lebih banyak masa sedangkan jika anda mempunyai 1 entry yang punyai 100-200 pip dalam satu pergerakan sahaja anda akan jimatkan masa anda untuk menggandakan akaun anda.
note: ebook ini tersedia dalam ruang keahlian cspro. Sila login untuk akses.
4). Hentak lot besar
Anda punyai akaun high leverage yang sanggup untuk loss dan anda juga punyai entry yang high reward ratio. Tidak lengkap jika anda trade pada lot-lot kecil. Sampai bila ia akan membesarkan akaun??
Untuk gandakan akaun, anda perlu trade lot besar.
5). Tidak takut margin call
Takut margin call adalah antara masalah psikologi yang selalu menganggu para trader kerana risau adakah entry betul atau tidak. Ia juga jadi punca close profit awal jika betul dan cutloss awal sedangkan entry adalah tepat. Jika ini berlaku, fikir semula rukun full margin ini yang pertama sekali. Jika anda abaikan, bermaksud anda melanggar rukun ini dan kegagalan sudah menanti anda lebih awal sebelum anda margin call.
Jika anda sudah open trade, biarkan sahaja trade itu berjalan dan hanya close apabila perlu sahaja. Ingat, jika anda takut-takut, akaun anda dan usaha anda akan sia-sia.
Matlamat anda.
Anda perlu tetapkan matlamat untuk gandakan akaun anda dalam masa singkat dengan sebaik mungkin dan bukannya bersandarkan kepada tuah semata-mata.
Kini anda sudah tahu apa yang diperlukan untuk menjadi trader full margin, jadi jika selepas ini anda melihat peluang untuk trade full margin, gunakanlah peluang itu dan bantai market ini cukup-cukup.
penafian: gambar sekadar hiasan
PROMOSI BULAN INI >> DAFTAR DI SINI <<<
Sekian,
admin
03/11/18
PERHATIAN PENTING!
FOREX adalah berisiko tinggi dan tidak sesuai untuk semua orang. Penglibatan dalam perdagangan ini adalah atas keputusan anda dan bukanlah digalakkan oleh website ini. Sila dapatkan nasihat dari pakar yang bertauliah dan dapatka mentor untuk bimbingan perdagangan anda. Segala yang dipaparkan pada laman ini atau website ini adalah tujuan perkongsian ilmu, pendapat dan bertujuan untuk penambah-baikkan kepada mereka yang mengkaji dan mengembangkan ilmu-ilmu berkaitan forex trading. -harap maklum-