Menggunakan fibonacci retracement untuk buy low dan sell high

Artikel ini adalah sambungan dari artikel yang terdahulu iaitu tips bagaimana untuk melukis fibonacci menggunakan indikator zigzag. Setelah mahir menggunakan indikator ini, anda bolehlah terus kepada cara menggunakan fibonacci untuk buy low(uptrend) dan sell high(downtrend).

BACA : TIPS LUKIS FIBO GUNA ZIGZAG

ASAS

Terdapat banyak cara untuk entry buy low/sell high ini. Antaranya seperti trendline breakout, S&R breakout, Elliot Waves dan yang paling popular adalah menggunakan kaedah CRS(Candlestick Reversal Signal).

Berikut berberapa pattern-pattern penting untuk pembelajaran kali ini.

candlereversalsignal_Dropshipperoom

Menggabungkan CRS dengan Fibonacci trading

Apabila pattern-pattern candle ini terbentuk pada sesuatu level retracement fibonacci, maka entry akan trigger. Exit trade boleh dibuat pada 100.0 atau 161.8 fibonacci atau 200.0(hidden level).

Saya tidak akan menggabungkan zigzag ke dalam contoh di bawah agar apa yang disampaikan lebih jelas dan membantu trader faham mengenai topik yang disampaikan.

GBPAUD.H4

GBPAUD.H4-pin

GBPAUD.Daily-tweezer

Ini adalah sebahagian contoh sahaja dan saya yakin pembaca-pembaca blog ini pasti boleh buat lebih baik lagi. Bagi yang tertanya-tanya mengenai timeframe dan pair yang sesuai, jawapan saya adalah semua pair sesuai dan untuk timeframe pula, digalakkan menggunakan timeframe H4, atau D1(daily) atau pun Weekly.

BACA : RAHSIA PIN BAR

Silakan share artikel ini jika ia dapat membantu anda meningkatkan pemahaman candlestick dan fibonacci. Jumpa di artikel yang akan datang.

Sekian.

ADMIN

Baca >>  REENTRY - MENAMBAH UNTUNG ATAU MENAMBAH RUGI? | FAHAMKAN DULU BARU BUAT
Translate »