
ANALISA GOLD JUN 2026 MINGGU KE-4
Plan sell minggu lepas sukses sekali lagi, tepat dan profitable. Walaupun cuma 1 entry sahaja tapi ia sebenarnya cukup untuk berikan potensi profit yang besar kerana yang menentukan anda untung atau rugi itu tetap kembali kepada bagaimana anda uruskan akaun anda, bukan seberapa banyak anda perlu entry.
Dalam artikel ini saya sudah kupas bagaimana kurang itu sebenarnya banyak.

Untuk analisa terdahulu sila ke sini https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-jun-2026-minggu-ke-3/ dan untuk ulasan trading tersebut sila ke sini https://pullbackforextrading.com/pullbackforextrading-com-teknik-gold-forex-fake-breakout/
Ulasan lebih kepada menjelaskan kenapa entry dibuat dan di manakah entry tersebut. Semoga dengan ulasan dan analisa tersebut dapat meningkatkan skill trading anda!
Berikut adalah plan dan analisa pula untuk minggu hadapan.
XAUUSD D1
Kita mulakan dengan timeframe jangka pendek/sederhana iaitu di D1. Di sini apa yang kita cari bukan signal entry tetapi stuktur keseluruhan trend tersebut. Bagi yang nak pelajari teknik ini bolehlah ke halaman ini. Pendaftaran adalah percuma sahaja.

Di timeframe D1 kita dapat lihat dan struktur downtrend di mana 3 hari terakhir minggu lepas adalah bearish. Market kekal bearish selepas sesi market jumaat ditutup. Ini cukup memberikan hint kekuatan trend adalah kuat kepada selling sahaja. Oleh itu kita akan ikuti trend ini selagi ia tak broken. Fokus utama adalah kekal sell sahaja.
Zone selling
Berdasarkan history lepas, zone utama selling adalah di bawah 4232.64. Sell akan dibuat jika price tak tembusi area resistance ini. So harapan utama adalah price kekal di bawah ini dan tak break atasnya. Tapi jika break dan kembali semula ke bawahnya, plan sell tetap valid.
Area resistance terdekat adalah 4355.19. Jika break 4232.64 namun rejected di bawah 4355.19, plan sell masih valid lagi.
Zone buying dan invalid plan sell
Zone buying adalah jika price break dan pullback atas 4355.19. Jika ini berlaku, maka kita mungkin dalam uptrend dan sebarang selling wajib cutloss jika ada.
Kemungkinan uptrend masih ada memandangkan kita berada di fasa penghujung bulan, oleh itu elakkan terlalu bias dan kekal neutral dan ikuti trend berdasarkan struktur yang terbentuk sahaja.
Target profit
Untuk sell jika entry di 4232.64, maka target adalah di support terdekat iaitu di 4070.22
Akhir kata
Kekal update dengan ikuti kami di telegram untuk kelas percuma tajaan partner pullback dan signal-signal menarik pair lain. Bagi yang mahu pelajar teknik struktur ini, pastikan anda daftar cepat sebelum tawaran ditutup. Sila klik banner di bawah untuk menyertainya.
Sekian dahulu,
ADMIN
21/06/26


