AKHIRNYA DIA MENGAKU MENYESAL TAK AMBIL UNTUNG DUA JUTA DOLLAR YANG KINI TINGGAL RIBUAN DOLLAR SAHAJA LAGI
Akhirnya Glauber Contessoto, yang pernah menjadi fenomena suatu masa dahulu kerana menjadi jutawan dalam masa singkat dengan membuat pelaburan membeli coin meme Dogecoin kini mengakui menyesal kerana tidak menjual ketika harga di puncak tertinggi.
Pada waktu tersebut dogecoin mencecah pada 0.74 cent. Pada waktu artikel ini ditulis Dogecoin kini berada di paras 0.056 cent.
Portfolio Contessoto melonjak hampir ke 3 juta dollar pada tahun lepas apabila dogecoin naik mendadak dalam masa berberapa minggu sahaja. Pada waktu tersebut pernah ditanyakan adalah beliau sudah mahu cashout dari keuntungan ini, namun beliau hanya menafikannya dan bertegas hanya mahu menutup posisi tersebut hanya apabila mencecah $1 dollar.
Saya ada menulis mengenai beliau tahun lepas di sini.
Antara faktor kenaikan doge ini juga adalah dari tweet Elon Musk:
Untuk perhatian, dogecoin adalah meme coin yang dicipta oleh software engineer bernama Billy Markus dan Jackson Palmer yang pada waktu itu menciptanya sebagai jenaka sistem pembayaran semasa hangatnya spekulasi matawang kripto pada waktu tersebut.
Disebabkan asas utama penciptaan dogecoin hanyalah jenaka untuk memperolokkan matawang kripto maka ia agak sedikit pelik dalam pengurusannya kerana tidak mempunyai CEO tersendiri.
Khabarnya, masa yang diambil untuk hasilkan dogecoin ini hanyalah 2 jam sahaja.
Baca lebih lanjut mengenai dogecoin di sini.
2.7 juta dalam masa singkat
Dalam video terkini yang beliau muat-naik ke channel youtube beliau, beliau akui tidak menyangka akan berlaku kenaikan seperti itu dan menyangka ia mungkin akan ambil masa lebih lama seperti setahun.
Tetapi disebabkan kesibukan untuk pelbagai jemputan dan temubual, beliau akui tidak merancang sebaiknya untuk berdepan situasi ini lalu tidak dapat memutuskan tindakan yang wajar dilakukan pada waktu tersebut.
Tajaan dengan pulangan bayaran wang juga antara faktor kenapa beliau tak dapat tumpukan pada portfolio yang diuruskan.
Akan tetapi apa yang berlaku adalah kejatuhan demi kejatuhan berlaku hinggalah pada saat ini sudah mencecah 5 cent.
Kini dari 2.7 juta ia jatuh teruk hingga ke 205k sahaja. Masih untung tetapi tetap merugikan kerana jika cashout pada harga 1 juta sekalipun ia tetaplah menguntungkan, betul tak?
Apa yang kita boleh belajar dari situasi ini?
Berberapa perkara yang kita boleh jadikan pengajaran penting di sini. Antaranya;
Pertama sekali adalah, jangan tamak.
Walaupun beliau nafikan hal ini tetapi dalam temubual bersama Graham Stephen dan Andrei Jikh, jelas sekali beliau nampak tamak.
Beliau tidak mahu menutup posisi untung sebaliknya sangat yakin ia akan naik tinggi.
Kedua, jangan over-confident.
Dengan senyuman riangnya beliau mengatakan dogecoin akan mencapai 1$ pada penghujung tahun 2021. Sekarang tahun 2022 nak naik ke 0.70 cent pun susah. Jadi janganlah over confident.
Siapa tahu, pelaburan yang kita buat tu hanyalah kebetulan atau luck sahaja. Luck boleh hilang sekelip-mata seperti mana ia cepat dan maka cepat juga ia boleh pergi.
Tonton temubual tersebut di bawah;
Last sekali, ketiga, ambillah untung atau ambil modal(breakeven)
Jika market sudah tiada tanda-tanda mahu meneruskan perjalanan, mungkin inilah masanya untuk ambil untung atau sekurang-kurangnya ambil modal semula. Jadi selebihnya biarlah risk free.
Chart teknikal sudah tersedia di kebanyakan platform dan boleh akses percuma di tradingview.com. Selebihnya buatlah analisa teknikal untuk cari exit point anda. Anda boleh gunakan strategi yang saya gunakan di sini untuk cari turning point dan exit lebih awal.
Formasi 3 candle dengan hanginman dipuncak adalah petanda reversal bakal berlaku. Formasi ini sudah saya sediakan dalam membership untuk panduan arah market.
Sekiranya anda mengesan keadaan ini lebih awal, jadi tidaklah terkena macam beliau kan?
Menafikan bukannya tamak
Saya percaya beliau sebenarnya menjadi tamak. Kerana pada video ini, beliau memberitahu yang matlamat utama membeli dogecoin adalah untuk menjadi jutawan. Tetapi setelah tercapai di sini tiba-tiba beliau mengubah plan kepada rancangan lain iaitu hendak menutup posisi selepas harga mencecah 1$.
Walaupun menafikannya, tetapi itulah hakikatnya apabila sudah tamak. Diamond hands katanya.
Tonton video
Lihat video penafian beliau mengenai bukannya tamak tetapi hendak mencapai target $1 dogecoin untuk menutup posisi(cash out). Walhal bukankah tujuan asal adalah untuk jadi jutawan? Beliau menjadi jutawan ketika harga mencecah harga dogecoin 0.30 cent.
Anda boleh tonton video terkini dari Contessoto di bawah;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
ADMIN
19/06/22
Sumber: youtube dogecoin millionare, andrei jikh dan tweeter