TRENDLINE UNTUK ELLIOTT WAVES THEORY
Topik ini memerlukan anda memahami sepenuhnya trend structure agar anda dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Trendline atau singkatannya ‘TL’ adalah salah satu cabang strategi yang akan saya kongsikan yang asalnya atau selengkapnya melibatkan fibonacci, candlestick dan EW itu sendiri. EW adalah singkatan dari Elliott Waves.
Gabungan EW, TL, FIBO, SNR dan Candlestick adalah strategi selengkapnya untuk topik ini namun saya akan kongsikan secara berperingkat memandangkan ia adalah strategy yang kompleks dan memerlukan ulangkaji dan bimbingan berterusan untuk menguasainya.
Jujurnya saya hanya memahami 90% strategi ini selepas ia 5-6 tahun ‘dalam kepala’ saya, oleh itu jika anda baru sahaja belajar mengenainya selama 1-3 bulan dan belum faham, itu biasa. 1-2 tahun masih tak faham juga biasa. Yang luar biasanya anda boleh faham kurang dari setahun.
Versi ringkas sudah saya sediakan di sini tetapi tidak menjelaskan fungsi EW di dalam artikel tersebut. Sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/fibonacci-dan-trendline/
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Trend Structure dan Divergence
Trend Structure
Trend Structure merupakan basic paling penting teknik ini. Ini adalah kerana ia boleh menggantikan teori EW yang mungkin ramai pembaca kurang tahu mengenainya. Berikut sedikit gambaran mudah mengenai trend structure;
Bermula dari poin terendah hinggalah tertinggi, diikuti dengan perubahan trend. Untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai perubahan trend dan juga permulaan kepada trend baru, sila lihat gambar di bawah;
Permulaan sesuatu trend itu adalah apabila new high terbentuk diikuti dengan high baru dan high yang baru yang berikutnya. Trend dikira berakhir apabila tiada high baru kemudian trend mula berubah dan membentuk low baru dengan high yang lebih rendah berbanding high terakhir diikuti new low dan new low seterusnya.
Kesimpulan:
- Semakin trend membentuk new high, semakin trend itu menaik.
- Semakin trend membentuk new low, semakin trend itu menurun.
Proses ini berulang-ulang kerana ‘sejarah sentiasa mengulang dengan sendirinya’ dan faktor psikologi trader disebalik pasaran ini yang akan menggerakkannya secara berulang dan mempunyai corak-corak(chart pattern) tertentu.
Divergence
Divergence terbahagi kepada dua iaitu;
- Regular Divergence iaitu Reversal divergence dan terbahagi lagi kepada dua iaitu bullish dan bearish divergence.
- Hidden Divergence iaitu sebagai signal kepada Continuation trend
Topik divergence ini sangat berkait-rapat dengan trend structure di mana regular divergence adalah EOT(end of trend) manakala hidden divergence adalah continuation trend itu sendiri.
Untuk hidden divergence, anda perlukan indikator oscillator untuk lihat potensi setup. Anda boleh ke halaman ini.
Elliott Waves
Prinsip Elliott Waves, atau teori Elliott Waves, ialah satu bentuk analisis teknikal yang digunakan pedagang kewangan untuk menganalisis kitaran pasaran kewangan dan meramalkan arah aliran pasaran dengan mengenal pasti keterlaluan(extreme) dalam psikologi pelabur dan tahap harga, seperti tinggi dan rendah, dengan mencari corak dalam harga.
Ralph Nelson Elliott (1871–1948), seorang akauntan Amerika, membangunkan model untuk prinsip sosial asas pasaran kewangan dengan mengkaji pergerakan harga mereka, dan membangunkan satu set alat analisis pada tahun 1930-an.
Beliau mencadangkan agar harga pasaran berlaku dalam corak tertentu, yang mana pengamal hari ini memanggil Elliott Waves, atau hanya waves. Elliott menerbitkan teori tingkah laku pasarannya dalam buku The Wave Principle pada tahun 1938, meringkaskannya dalam satu siri artikel dalam majalah Financial World pada tahun 1939, dan mengupasnya secara paling komprehensif dalam karya utama terakhirnya, Nature’s Laws: The Secret of the Universe dalam 1946.
Elliott menyatakan bahawa “kerana manusia tertakluk kepada prosedur berirama, pengiraan yang berkaitan dengan aktivitinya boleh diunjurkan jauh ke masa hadapan dengan justifikasi dan kepastian yang sebelum ini tidak dapat dicapai.”
Sumber: Wikipedia
Teori EW
Menurut teori EW, trend di bahagi kepada dua iaitu motive dan juga corrective.
- Motive wave terdiri dari 5 wave utama di mana wave ke-3 adalah terpanjang.
- Corrective pula terdiri dari 3 wave ABC.
Selain uptrend, motive wave juga berlaku untuk downtrend. Di atas adalah contoh uptrend. Motive wave juga dikenali sebagai impulsive wave. Wave structure terbentuk di semua timeframe di mana wave kecil akan membentuk wave yang lebih besar di timeframe lebih besar.
Rule EW sah
Syarat untuk stuktur trend EW adalah seperti berikut;
- Wave 2 tidak melepasi wave 1
- Wave 3 adalah terpanjang
- Wave 4 tak boleh bertindih dengan wave 1
- Wave 4 dan 5 biasanya tidak sepanjang wave 3
- Selepas lengkap Wave 5, corrective pattern ABC pula akan terbentuk
Corrective Waves
Fasa corrective adalah keadaan di mana market bergerak sideways dan membentuk pattern-pattern tertentu. Ia agak rumit untuk di-trade pada waktu tersebut. Berikut pattern-pattern penting dalam corrective waves.
Pergerakan zig-zag dalam trend sideways ini adalah biasanya berlaku.
ABCDE digunakan untuk membantu melukis pattern ini untuk mengenalpasti penghujung trend-nya. Biasanya selepas kiraan E trend akan mula berakhir dan wave akan bergerak ke wave 5.
Kelebihan anda jika faham pattern ini
Memahami pattern-pattern ini membantu anda mengenal-pasti dikedudukan manakah anda berada dan anda boleh putuskan untuk berada dalam pasaran atau stay away. Berdasarkan pengalaman peribadi saya, stay away dari market ketika fasa corrective+zigzag ini boleh mengelakkan dari loss streak memanjang di mana entry buy dan sell sering salah. Inikan pula membuat hedging, pasti lebih banyak loss dibuatnya.
EW Komplex VS Trend structure ringkas
Jika anda menganalisis EW bermula dari monthly, maka ia akan menjadi EW yang komplex dan rumit. Ini kerana secara teori memanglah nampak 12345abc, namun pattern ini mempunyai rule tertentu. Di sinilah sebabnya anda perlu gantikan pemahaman EW ini kepada trend structure yang telah diterangkan awal tadi.
Konsep EW untuk kali ini hanyalah untuk menggabungkannya dengan trendline di mana trendline akan dilukis sesuai dengan pembentukan sesuatu wave.
TL akan berfungsi sebagai breakout confirmation untuk sesuatu trend itu terbentuk dan valid selagi tidak break TL tersebut.
TL akan dilukis lebih dari satu TL.
FIBONACCI + EW
Setiap perhentian waves ada kaitannya dengan kedudukan fibonacci samada retracement ataupun extension.
Waves 1 dan 2 biasanya akan berada di retracement level kemudian apabila trend itu sudah memanjang untuk membentuk waves 3, biasanya ia akan ke extension level 161.8 hinggalah 261.8.
Topik ini inshaAllah saya akan kupas pada entry akan datang jika berkesempatan.
TL + EW
Untuk TL + EW ni, saya akan senaraikan berberapa jenis TL yang anda perlu tahu. Antaranya;
- TL Waves
- TL SNR
- TL Mati
- TL Hidup
- TL Ganti
- Major TL
- Minor TL
- DTL
- UTL
TL Waves dan TL SNR
TL utama adalah TL Waves dan TL SNR. Fungsi TL waves adalah untuk sesuatu trend. Jika break, TL kedua akan dilukis iaitu TL SNR – berfungsi untuk confirmkan perubahan trend dan sebagai TL entry.
Kepentingan TL kedua adalah sebagai filter di mana tak semua atau tak semestinya jika break TL waves maka trend akan berubah arah.
TL Waves pula sangat berkait-rapat dengan Regular divergence ataupun reversal divergence. TL breakout adalah strategi utama TL + EW ini.
TL Mati, TL ganti dan TL hidup
Apabila sesuatu TL itu ditembusi atau breakout, TL itu dikira mati dan digantikan dengan TL baru. TL baru ini dipanggil sebagai TL ganti.
TL yang mati hendaklah dipendekkan dengan cara UNTICK box RAY pada setting TL tersebut. TL yang belum break dipanggil sebagai TL hidup. TL hidup ini adalah TL ganti tadi.
Fungsi utama TL hidup adalah sebagai panduan bahawa trend tersebut masih valid dan belum berubah arahnya.
DTL dan UTL
DTL adalah downtrendline manakala UTL adalah uptrendline. TL ini akan dilukis apabila trend berubah. Jika DTL berubah kepada uptrend, maka TL hidup adalah UTL yang masih hold trend tersebut. Jika UTL ini break, maka DTL akan hold lagi downtrend sehinggalah ia break.
DTL dan UTL ini adalah TL hidup dan TL ganti yang dijelaskan di atas.
TL mati menandakan trend pada waktu tersebut sudah berakhir. TL hidup pula menandakan trend masih aktif dan valid selagi belum breakout. TL hidup dilukis bagi menggantikan TL mati dan petanda kepada pemulaan trend baharu.
Melalui kaedah TL ini, anda boleh mengenal-pasti trend. Ia akan memudahkan anda ke tindakan selanjutnya iaitu mengikuti trend yang sudah dikenalpasti.
Major dan Minor TL
Major TL dilukis dari TF D1 hinggalah Monthly manakala minor pula yang dilukis dari H4 hinggalah M1. Major TL akan mewakili trend major di TF besar, breakout pada TL ini adalah petanda perubahan trend jangka panjang memandang trend di TF besar ini bergerak dalam jangka panjang.
Strategi Entry TL+EW(TL Waves Breakout)
Untuk permulaan, anda hanya perlu sambungkan TL sahaja. CAra sambungan adalah dari poin tertinggi kepada terendah untuk downtrend dan dari poin terendah ke tertinggi untuk uptrend.
TL ini adalah mewakili sesuatu trend, jika break, ia bertanda perubahan trend bakal berlaku.
TL Wave
Cara sambungan juga adalah dengan menyambungkan trendline ke poin-poin structure trend. Lihat di bawah;
Lihat lagi contoh lain.
TL Wave mestilah yang banyak menyentuh TL tersebut. Ia bertindak seperti SNR.
Apabila candle menyentuh TL ini ia akan pullback. Ini menandakan TL wave ini valid.
TL Wave breakout
Break TL wave bermaksud trend akan berubah. Lihat contoh di bawah;
DTL hold downtrend hinggalah breakout berlaku. Ini bermaksud trend berubah. Oleh itu jika anda masih selling, wajib untuk cutloss kerana anda sudah berada di fasa trend lain.
Jika anda trade buy dan UTL break, anda mesti exit buy anda atau bakal kerugian teruk. Sesuatu TL hanya valid selagi tiada breakout.
Seterusnya kita lihat TL SNR pula.
TL SNR
Fungsi TL SNR – adalah untuk menjadi filter kepada TL wave breakout. Ini kerana tidak semua breakout adalah menjadi dan sah sebagai reversal trend.
Ini berbalik kepada rule wave iaitu, wave 2 tidak boleh bertindih atau melepasi wave 1.
Confirmation untuk wave 2 adalah, ia mesti break TL SNR!
TL SNR adalah untuk confirmation dan entry reversal. Jika gagal break, tiada entry reversal akan dibuat. Inilah sebabnya TL SNR adalah untuk filter selepas breakoutnya TL Wave.
Lihat ilustrasi di bawah;
Jika candle break berlaku, entry akan dibuat sesuai dengan reversal tersebut. Berdasarkan dalam gambar, entry adalah buy.
Kelebihan cara entry begini adalah;
- Minimum stoploss berdasarkan rule EW iaitu wave 2 takkan melebihi wave 1. Jika break bermakna tidak valid wave structure tersebut.
- Maksimum profit target – Anda akan exit pada wave ke-3 yang terpanjang. Berdasarkan kajian asal EW, wave ke-3 mestilah terpanjang(potensi ratusan pips untuk sekali setup)
Lihat potensi profit yang dijana dari teknik entry ini. Untuk dapatkan exit level yang tepat, anda bolehlah menggunakan strategi fibonacci. Penggunakan TL dan Fibo boleh ke halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/fibonacci-dan-trendline/
Kepentingan TL SNR
Sebagai filter kepada signal perubahan trend. Jika gagal ditembusi, bermakna trend gagal berubah arah.
Kegagalan untuk break bermaksud trend masih belum nak berubah arah. Kemahiran menapis signal-signal ini adalah kemahiran yang perlukan masa dan kesabaran untuk dikuasai memandangkan trader yang tak berdisiplin pasti akan mendapati ini suatu kesukaran dan juga jawapan kenapa sering tertipu dengan false break pasaran.
TL wave yang break hendalah di’pendek’kan memandangkan ia adalah TL mati. Namun dalam EW, TL mati ini sebenarnya adalah tanda kepada sesuatu wave.
Apabila TL sudah mati, TL baru sebagai ganti akan dilukis. Sehinggalah TL ini breakout, maka TL baru lagi akan digantikan.
Market Structure Divergence dan TL wave breakout
Untuk memudahkan penggunaan strategi ini memandang EW count sangat rumit, oleh itu kita akan menggunakan market structure sahaja.
Reversal trend: Regular Divergence akan terbentuk
Continuation trend: Hidden Divergence akan terbentuk
TL akan menjadi confirmation.
Indikator oscillator diperlukan dalam trading ini. Saya memilih awesome oscillator.
Perubahan trend lebih mudah dikesan apabila bearish divergence terbentuk. TL Wave dan TL SNR akan dilukis untuk confirmkan entry dan SL.
Entry pada continuation trend pula dibuat apabila hidden divergence terbentuk.
Kesimpulan dari artikel ini
Trendline adalah tools penting kerana fungsinya untuk mewakili sesuatu trend. Selain berfungsi untuk trend, ia juga berfungsi sebagai SNR dan Waves trendline.
Breakout pada TL menandakan trend berubah. Tetapi memandangkan false break berlaku, maka TL juga boleh digunakan untuk filter sesuatu breakout.
TL akan memudahkan anda mencari entry dan exit selain ia juga berfungsi sebagai tools analisa teknikal yang ringkas dan sangat berguna.
Jika anda punyai pendapat yang ingin dikongsikan, sila emailkan saya di admin@pullbackforextrading.com
ADMIN
23/02/23
Credit: tradingview, wikipedia, Xforceglobal, google images search,