
ANALISA GOLD MEI 2026 MINGGU KE-3
Minggu lepas gold membuat kenaikan namun akhirnya ia kembali bearish sehingga market ditutup awal pagi sabtu. Untuk waktu ini trend nampak lebih bias kepada bearish atau downtrend untuk jangka pendek namun secara keseluruhan, trend sebenarnya dalam sideways. Minggu lepas, price ditutup di kawasan major support, menandakan tiada lagi seller yang dominan dipenghujung sesi dagangan.
Analisa terdahulu >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-mei-2026-minggu-ke-2/
XAUUSD D1
Di timeframe D1 kita akan melihat dua level penting untuk menentukan entry pada minggu hadapan.
Minggu lepas price ditutup di atas paras key level 4522.93 selepas break 4622.39. Market jumaat lebih kepada selling kerana clean break berlaku di situ.
Price stop di atas kawasan 4522.93 sebab berdasarkan history, ia adalah kawasan kuat SNR. Jika market open esok tiada GAP bawah(atau jika ada namun ia kembali naik), bermaksud buyers masih hold entry atas ini dan kemungkinan besar trend akan naik semula dan testing 4622.39.
Fokus sell saya minggu hadapan adalah di bawah 4622.39 selagi price respect level ini dan tak break atasnya. Jika break, maka bias lebih kepada buying walaupun minggu lepas agak kuat kejatuhannya.
Kebolehan tidak terlalu bias akan membantu mendapatkan peluang terbaik walaupun tak digalakkan buy dan sell dalam seminggu. Tapi secara personalnya jika dalam sideways begini, memang buy dan sell akan berfungsi berbanding ketika sedang trending.
Strong downtrend
Saya consider strong selling jika price break diikuti retest dan reject di bawah 4500.75 atau secara angka genapnya 4500.00.
Target profit maksima terbaik adalah di 4375.15.
Strong uptrend
Syarat penting adalah mesti break dan pullback atas 4651.19. Target profit terdekat adalah di 4765.00.
Akhir kata
Untuk trend kali ini saya tak bias untuk buy sahaja atau sell sahaja. Ini kerana faktor sideways dan belum ada breakout jelas di kawasan buy atau sell yang saya tetapkan. Breakout menandakan potensi trending naik atau menurun kerana price keluar dari zone yang banyak mengelirukan ketika sideways.
Bagi anda yang berminat mahu belajar kaedah structure dan SNR kukuh bolehlah join membership saya di sini. Membership ini terbaru dan terkini dari kami dan sesuai untuk semua peringkat trader samada baru dan lama. Ia adalah price action, so tak perlu risau nak belajar SOP pelik-pelik indikator. Yang penting kita cari di mana area-area penting Institusi besar akan masuk pasaran, jadi kita akan join entry di situ. 🙂
update akan menyusul di telegram.
ADMIN
17/05/26





