
ANALISA GOLD MEI 2026 MINGGU KE-4
Gold minggu lepas stuck di 4500.00 selepas ia retest ke area ini. Price bounce dan tiada trend jelas pada Jumaat lepas. Secara keseluruhannya ia masuk di atas support berdasarkan structure di D1. Peluang uptrend agak tipis jika price terus break bawah 4500.00 minggu hadapan, namun untuk ia uptrend, ia perlu melalui berberapa fasa resistance di H4 untuk structure uptrend.
Sila ke sini untuk analisa sebelum ini > >https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-mei-2026-minggu-ke-3/
XAUUSD D1
Kita mulakan di D1 jika tak melihat di Weekly, tujuannya untuk lihat structure keseluruhan agak kita dapat memahami konteks sebenar trend dan kita berada di mana dalam situasi itu.

Di timeframe D1, kita dapat lihat price terakhir berada di atas 4500.00 atau tepatnya 4509.51 pada jumaat lepas. Candle juga bersusun sideways menandakan ia bounce di situ dan tidak juga downtrend mahupun uptrend. Trend secara keseluruhan adalah sideways dengan kita berada di major support pada ketika ini.
Akan tetapi itu tidaklah bermakna kita boleh buy terus pada waktu ini kerana bagaimana jika ia break support? Oleh itu tindakan paling tepat adalah melihat pada confirmation sebelum membuat entry buy tersebut.
Cara terbaik untuk melihat confirmation pada saya adalah dengan mencari breakout dahulu. Berikut cara yang saya gunakan berdasarkan strategi yang saya kongsikan di sini >> https://member.pullbackforextrading.com/basic-strategy/
Fokus minggu hadapan : neutral
Saya tak bias untuk sell atau buy atas faktor fundamental iaitu isu perang di teluk tengah yang belum mereda selain faktor matawang USD itu sendiri yang jika mengukuh akan mendorong sentiment bearish pada emas ataupun jika dollar melemah maka emas akan menguat.
Jika buy, maka syarat berikut perlu dipenuhi dahulu;
- Break atas 4544.23 di Daily atau,
- Break atas 4520.17 di H1

Breakout merupakan momentum pasaran yang saya cari, dan untuk buy mestilah break resistance dahulu diikuti dengan structure uptrend iaitu higher-high, higher-low dan seterusnya.
Altenatif iaitu sell
Saya fokus sell jika price drop bawah 4500.00 diikuti dengan pembentukan structure downtrend.
- Break bawah 4500.00
- Break bawah 4460.80

Untuk confirmation ini, ia mungkin perlu sedikit masa, jika anda bukan seorang yang sabar dan menunggu peluang, anda mungkin akan terlepas peluang yang baik. Oleh belajarlah untuk diamkan tangan dari asyik nak menekan.
Saya menjemput anda menyertai membership untuk belajar lebih lanjut strategi ini kerana saya yakin anda perlukannya sebelum tahun ini menuju penghujungnya dan anda masih tiada progress lagi.
Bertindak sekarang >> https://member.pullbackforextrading.com/
Update akan menyusul di telegram. Semoga anda dapat belajar lebih banyak melalui telegram kami.
Sekian,
ADMIN
24/05/26

